Nota

Pengenalan :


Persekitaran memainkan peranan penting dalam proses pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran dapat merangsang minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan. Suasana bengkel yang bersih dan teratur merupakan faktor penting yang dapat menjamin persekitaran bengkel yang kondusif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.


4 Komponen Persekitaran Bengkel


1. Kebersihan
2. Kekemasan dan susun atur
3. Keselamatan
4. Keselesaan


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Kebersihan [ unsur-unsur kebersihan yang perlu dipelihara ialah kebersihan persekitaran bengkel, kedudukan susun atur peralatan dan mesin serta pemilihan warna yang bersesuaian.]


Bengkel yang bersih dengan warna lembut yang menyejukkan mata
Peralatan dilabel dan tersusun rapi


2. Kekemasan dan susun atur [ kekemasan dan susun atur merupakan sesuatu keadaan yang menarik dan memuaskan hati. Kerja-kerja mengemas serta menyusun atur alatan, kelengkapan dan mesin hendaklah memenuhi prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


Semua kelengkapan bengkel tersusun kemas dan menarik


3. Keselamatan [ perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian ialah :- ]
* pengawalan dan pengawasan penggunaan bengkel
* peralatan dan mesin yang boleh mencederakan.
* hiasan yang menghalang laluan
* perabot atau mesin yang melindungi pandangan
* pemilihan alatan yang sesuai
* kawalan dan baik pulih peralatan
* permukaan lantai yang licin dan tidak rata


Lantai yang bersih dan tidak berminyak


4. Keselesaan [ bermaksud keadaan yang lapang, luas serta tenteram tanpa apa-apa gangguan yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan. Antara perkara yang perlu diberi pertimbangan dalam penjagaan dan pemeliharaan persekitaran bengkel ialah :- ]
* ruang yang standarad
* persekitaran yang selamat
* susun atur mesin yang standard
* peralatan dan perabot yang kemas dan  teratur
* peralatan mencukupi, berkeadaan baik, terkawal dan mudah disenggara



Silinder gas disusun dan tidak menghalang laluan

Laluan keselamatan dan ruang kerja ditandai untuk tujuan keselamatan






SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL

Kita perlu meningkatkan kebersihan dan kekemasan persekitaran bengkel bagi menjamin keselamatan di tempat kerja. Papan tanda keselamatan, notis serta arahan yang pendek dan tepat perlulah dipamerkan di tempat yang berisiko tinggi atau yang difikirkan sesuai. Rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh poster dan papan tanda keselamatan yang sesuai di kawasan tempat kerja.




 Contoh-contoh poster dan papan tanda keselamatan yang biasa dipamerkan di kawasan tempat kerja













 Contoh-contoh poster, papan tanda peringatan dan langkah-langkah pelindungan keselamatan








SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN
Simbol keselamatan perlu ada di setiap bengkel bagi membantu pengguna atau pelajar melaksanakan langkah keselamatan yang betul. Berikut adalah contoh- contoh simbol dan tanda keselamatan yang diklasifikasikan mengikut kemestian, amaran dan larangan. Di samping itu juga terdapat beberapa logo lain seperti peralatan api dan keadaan selamat.
Simbol Mandatori
Simbol mandatori bertujuan memberikan arahan yang mesti dipatuhi oleh pengguna bengkel semasa melakukan kerja-kerja tertentu di bengkel. Simbol pelindung keselamatan mata yang dipamerkan di bengkel adalah bertujuan supaya pengguna memakai pelindung keselamatan mata semasa melakukan kerja. Berikut diberikan beberapa contoh simbol mandatori ;












Tatacara berpakaian yang selamat semasa bekerja di bengkel



















No comments:

Post a Comment